Carian:
Selamat Datang [Masuk | Daftar]
Kategori: /Kesihatan Wanita/Rawatan Payudara

Lobata 500 ~ Leesa Formula

Lobata 500 ~ Leesa Formula

Maklumat Produk

Ia adalah kapsul serbaguna untuk wanita yang sangat berkuasa (powerful) dan sangat berkesan (effective) kerana ia dirumus dengan ramuan 2 herba terbaik untuk wanita iaitu Pueraria Lobata (Ge-gen) dan Radix Angelica Sinensis (Dong Quai).

Lobata 500 mempunyai kandungan Pueraria Lobata atau Ge-gen sebanyak 300 mg (iaitu 7.5 kali ganda lebih dari Pueraria Lobata di dalam Gegan Root Plus) dan kandungan ekstrak Dong Quai sebanyak 200 mg.

Kedua-dua herba tersebut telah digunakan sekian lama secara meluas di dalam perubatan tradisional Cina dan Antarabangsa, khusus untuk keperluan kesihatan dan kecantikan badan wanita. Lobata 500 adalah 100% herba semulajadi tanpa tambahan tepung, bahan kimia, pewarna mahupun pengawet. Ia sangat selamat dan dikeluarkan oleh pengilang bertauliah ISO 9001 dan mempunyai status GMP.

KEPENTINGAN ESTROGEN UNTUK WANITA

Estrogen ialah hormon semulajadi badan wanita yang dihasilkan oleh sel-sel daripada ovari, glan adrenal dan lemak. Ia berfungsi untuk memelihara sistem reproduktif wanita iaitu rahim, kesuburan, peranakan termasuk payudara.

Semasa remaja: Estrogen diperlukan oleh badan pada waktu tumbesaran dan keremajaan untuk membina ciri-ciri kewanitaan seperti pembentukan badan dan payudara. Rendahnya penghasilan estrogen pada waktu tumbesaran remaja menyebabkan pembentukan bentuk badan menjadi kurus dan tidak menarik serta payudara yang kecil, leper dan rata.

Untuk wanita dewasa: Pertambahan usia akan memperlahan dan mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan. Tahap estrogen yang rendah akan mengganggu keseluruhan sistem dan fungsi badan serta menjadikan imunisasi badan semakin lemah.

Kurangnya estrogen dalam badan juga menjadi punca proses penuaan, kekenduran kulit dan payudara, osteoporosis, ketidaksuburan, kekeringan dibahagian vagina, atropic vaginitis dan risiko sakit jantung.

Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes), emosi yang berubah dan tekanan.

Estrogen juga amat penting untuk mengawal kitaran haid dan kesuburan wanita. Penghasilan estrogen yang tidak menentu juga adalah punca yang menyebabkan penyakit Sindrom Sebelum Haid (PMS) dan Ketegangan Sebelum Haid (PMT).

Perkara-perkara di atas menunjukkan kepentingan estrogen terhadap sistem badan wanita. Ketidak seimbangan hormon dalam badan dan kehilangan estrogen akibat pertambahan usia perlu diganti semula melalui kaedah yang selamat dan berkesan. Kaedah yang selamat, mudah dan berkesan adalah melalui sumber semulajadi, seperti tumbuhan.

Kajian telah membuktikan bahawa phytoestrogen dari tumbuhan adalah agen terbaik untuk menambah dan menggantikan semula estrogen yang hilang dari tubuh wanita. Antara tumbuhan yang mempunyai phytoestrogen untuk menghasilkan kesan yang serupa dengan estrogen tersebut ialah Pueraria Lobata atau Ge-gen. Phytoestrogen di dalam Pueraria Lobata sangat berguna untuk tujuan di bawah :

  • Kompaun aktif dalam Pueraria Lobata dapat bertindak sebagai anti-oksida untuk mengganti kehilangan estrogen asal dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu memperbaiki simptom menopaus, mengurangkan kesakitan yang dialami akibat masalah menopaus dan hot flushes, dengan ciri-ciri menyeimbangkan hormonnya. Ia juga menyediakan nutrien untuk mengurangkan kesan perubahan psikologi dan fisikal akibat proses menopous.
  • Membantu mendapatkan bentuk tubuh badan yang cantik, payudara yang lebih tegang, besar dan montok pada gadis-gadis remaja serta menegangkan kulit dan bentuk badan kepada wanita yang telah berumur.
  • Membantu mengurangkan vagina atropi, dan kekeringan di bahagian vagina. Ia juga amat baik untuk wanita yang telah membuat pembedahan membuang ovari dan uterus (hysterectomy).
  • Membantu mengaktifkan penggantian sel-sel baru pada membran vagina, mendorong penghasilan sel-sel baru, dan mengurangkan kegatalan.
  • Kajian epidermiological menunjukkan kanser payudara pada wanita di China dan Jepun adalah 15 kali lebih jarang berlaku apabila dibandingkan wanita-wanita barat. Ini telah dikaitkan dengan pengambilan tumbuhan-tumbuhan di Asia yang banyak terdapat phytoestrogen di dalamnya seperti Lobata atau Ge-gen.
  • Isoflavone juga mempunyai ciri-ciri mencegah kanser payudara.
DONG QUAI

Selain dari Pueraria Lobata yang kaya dengan hormone tumbuhan phytoestrogen, Dong Quai juga dipercayai mempunyai sifat “adaptogenic” (menyeimbangkan) hormon wanita. Secara tradisi, ia lebih dikenali sebagai “ginseng wanita”. Ia adalah herba untuk wanita yang paling dikagumi di China , dan semakin popular serta digunakan secara meluas di seluruh dunia masa kini.

Dong Quai adalah sejenis akar tumbuhan herba yang tumbuh di kawasan lembab pergunungan, di tepian sungai dan kawasan pantai terutamanya di Negara China dan Korea .

Kajian secara klinikal dan farmasi telah mula dibuat seawall 1920-an yang menunjukkan Dong Quai kaya dengan Vitamin B12 dan Vitamin E, selain mempunyai semua kebaikan dari segi penggunaannya sebagai tonik untuk wanita.

Semenjak berabad dahulu, Dong Quai telah digunakan di Korea dan China untuk membantu pelbagai masalah wanita seperti :

  • Menambah darah dan melancarkan perjalanan darah.
  • Mengurangkan “hot flushes” ketika menopous
  • Mengubati “insomnia” dan menstabilkan tekanan darah
  • Mengurangkan PMS, mengubati dismenorrhea (kesakitan haid), amenorrhea (ketidakhadiran haid), menorrhagia (kitaran haid tidak normal), mengawal kitaran haid, pendarahan uterine, kesakitan abdomen selepas melahirkan anak.
  • Mengubati hepatitis dengan cara membekalkan lebih oksigen kepada paru-paru, merendahkan kadar degupan jantung.
  • Digunakan secara tradisi untuk mengubati anemia, arthiris, migrain, penyakit kardio-vaskular, menghasilkan sel darah, mengatasi masalah sembelit.
  • Memudahkan proses bersalin dan membantu proses penyembuhan.
  • Menambah syahwat.
FUNGSI
  •  Membantu meningkat, memelihara dan seimbangkan HORMON WANITA.
  • Membantu memberi pertumbuhan dan saiz payudara yang menarik semasa remaja
  • Membantu menegang dan melambatkan pengenduran serta pengecutan payudara
  • Membantu membentuk kontur badan menarik dan lekuk penuh feminine
  • Membantu memelihara SISTEM REPRODUKTIF iaitu rahim, kedatangan haid, kesuburan dan peranakan wanita.
  • Membantu memperbaiki simptom menopause seperti melambatkan proses menopause dan mengurangkan kesakitan yang dialami akibat menopause seperti ‘hot flushes’ dan sebagainya.
  • Memberi keseimbangan kepada rembesan cecair vagina, melembabkan yang kering dan mengeringkan yang basah.
  • Membantu menambah syahwat dan keinginan seks wanita
  • Membantu wanita yang telah menopause dengan membekalkan hormon alternatif dari tumbuhan untuk mengurangi masalah seperti kekeringan vagina, kurang bernafsu, panas baran dan sebagainya.
  • Membantu menyumbang hormone alternatif kepada wanita yang telah menjalani pembedahan pembuangan rahim (hysterectomy)
  • Membantu menegangkan kulit dan memberi AWET MUDA
KANDUNGAN

PUERARIA LOBATA:

  • Pueraria Lobata adalah nama botani bagi herba tradisional yang telah berkurun lamanya digunakan oleh pengamal perubatan Cina. Ia adalah spesis tumbuhan tutup bumi yang juga dikenali sebagai Ge-gen dalam bahasa Cina. Lobata atau Ge-gen berasal dari Jepun namun ia boleh juga didapati di beberapa negara seperti bahagian Utara Cina , Korea dan Thailand .
  • Kajian menunjukkan Pueraria Lobata atau Ge-gen kaya dengan hormon tumbuhan yang digelar isoflavone (juga dikenali sebagai phytoestogen).
  • Phytoestrogen atau isoflavone dikatakan mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan hormon tubuh wanita iaitu estrogen. Isoflavone atau phytoestogen dapat memberi kesan untuk menjana hampir kesemua fungsi badan yang diaktifkan oleh estrogen dalam badan wanita.
PENGGUNAAN
  • Sesuai untuk semua wanita, bermula gadis 16 tahun ke atas
  • Terbaik untuk wanita berkahwin terutama selepas berhenti menyusukan anak bagi mengelakkan pengecutan dan kekenduran payudara.
  • Terbaik untuk wanita selepas 30an, 40an dan 50an bagi mengekalkan lekuk badan menawan serta menyediakan nutrient untuk melambatkan proses menopause.
  • Perlu diambil oleh wanita yang telah pun mengalami menopause.
  • Gadis di bawah 15 tahun, kanak-kanak dan bayi tidak dibenarkan mengambil produk ini.
  • Ibu mengandung tidak dibenarkan mengambil produk ini kerana tidak mahu mengganggu perubahan sel badan & payudara yang berlaku secara semulajadi akibat proses kehamilan. Juga ibu yang menyusukan anak (terutama jika anak lelaki) kerana tidak mahu hormon wanita memasuki badan bayi melalui air susu.
  • Juga  tidak boleh diambil oleh wanita yang disahkan doktor mempunyai masalah tumor, fibroid atau kanser, kerana sel 3 penyakit tersebut berkait rapat dengan sel semulajadi badan yang mungkin menyebabkan sel penyakit bertambah aktif jika sel badan diaktifkan oleh keseimbangan hormon.
ATURAN PENGAMBILAN
  • 3 bulan pertama : Dua kapsul sehari selepas makan sebaiknya waktu pagi.
RAMUAN

Akar Lobata/ Gegan (Radix PuerariaLobata)......300mg.........60%
Akar Dong Quai (Redix Angelica Sinensis)..........200mg..........40%

KANDUNGAN :

500mg x 30 kapsul

KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

MAL No: MAL 20031883T
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL

 

Harga: RM75.00


Kod Produk: LOBJ4
Stok: 2 
Produk Pelangsingan HOT!! Produk SIY - Slim It Yourself
SIY

SIY Slim It Yourself merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang dapat turunkan berat badan anda dengan cepat dan selamat. Badan cantik yang sentiasa diidamkan dapat dibentuk dalam tempoh yang singkat. Kesan penurunan dapat dilihat dalam tempoh 10 hari sahaja. SIY Slim It Yourself juga penting untuk kesihatan wanita dan lelaki yang berumur 15 tahun ke atas. Produk SIY Slim It Yourself ini baik dalam menyingkirkan toksin daripada tubuh badan. Tidak perlu berlapar dan tiada tekanan diet. Hanya jalankan diet seimbang. Langsingkan badan anda dengan cepat dan selamat.

Produk HOT!! Rawatan Rambut
BSYShampu

Produk Noni BSY Black Hair Magic dapat membantu merawat masalah uban, kelemumur, rambut gugur. Kesan dapat dilihat dalam masa 1 bulan - 3 bulan. Folikel rambut baru yang tumbuh akan lebih sihat dan hitam.
Bakul Shopping
Bakul Anda Kosong.
0Produk Di Dalam Bakul:
RM0.00Jumlah:
Produk Popular
Promosi
Bahasa
Matawang
Mesej Kami
En Pet

Puan Fied

Servis Penghantaran
Jejak Bungkusan
1-300-300-300
Cari kami di Facebook
BadanLangsing.com

Rufida Ahmad Hamizan
Rufida Ahmad Hamizan

Petra Rahimi
Petra Rahimi

BadanLangsing.com biodex BadanLangsing.com Ushine BadanLangsing.com Dunia Herbs BadanLangsing.com HPM BadanLangsing.com NurBeautyLine BadanLangsing.com Ombak Besar BadanLangsing.com STOP BadanLangsing.com YUSMIRA BadanLangsing.com Bio-Asli Leesa Formula Winalite Natasya Sendayu Tinggi DSS Salindah BadanLangsing.com Lovelure BadanLangsing.com Toner Permata Hijrah BadanLangsing.com Love Portion Jamu Mak Dara BadanLangsing.com Secretleaf

Iklan Kami Pernah Dipaparkan Di

Mingguan Wanita Utusan Online Sinar Nona Keluarga Nur Pa&ma mediahiburan
Running with Search Engine Friendly Mod 6.0
F ?>