Carian:
Selamat Datang [Masuk | Daftar]
Kategori: /Koleksi Radzuan Radziwill Ready to Wear

Radzuan Radziwill Jersey Wrap Around Dress Dusty Pink

Radzuan Radziwill Jersey Wrap Around Dress Dusty Pink

Maklumat Produk

Jersey Wrap Around Dress Dusty Pink

Free Size

Ready to Wear

Colour Dusty Pink

Design by Malaysian Famous Designer Radzuan Radziwill

 

Bayar Secara Kredit Kad Online Klik Sini

*Bayaran secara kredit kad telah termasuk 3% caj kredit kad dan kos penghantaran

Artikel Berita Harian 2011/08/04

Ilham kelana ke negara orang


RADZUAN Radziwill bersama model yang menggayakan busana rekaannya.



MEMILIKI barisan pelanggan terdiri daripada orang terkenal, bergelar serta ternama, pastinya kehebatan pereka nan satu ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Magis empunya nama, Datuk Radzuan Radziwill, apabila sentuhan segarnya sentiasa dinanti-nanti. Pertunjukan fesyen khusus meraikan lebaran baru-baru ini, menyaksikan tetamu serta puluhan media menunggu dengan sabar helaian pakaian siap pakai atau ready to wear Radzuan diperaga model.
Satu persatu dipertontonkan, permainan rona dan motif bersatu, menjadikan hampir setiap helaian potongan moden, termasuk kaftan dan kardigan itu memikat untuk dimiliki.

Tepukan gemuruh diberikan hadirin membuktikan memang benar koleksinya itu diingini. Membuktikan kehebatan itu, tetamu hadir ramai pulang menjinjit persalinan yang sebentar tadi diperaga model.

Keramahan pereka itu menjadikan temubual petang itu berlangsung dengan senang. Tanya saya, kenapa kaftan dan kardigan, bukan kurung atau kebaya?

Pantas jawabnya: “Saya sukakan kelainan. Biarpun orang mengaitkan perayaan dengan baju tradisional, seperti baju kurung, saya mahu berbeza. Saya suka menjadi pencetus aliran. Lagipun saya sudah 18 tahun dalam bidang ini, pelbagai jenis baju sudah saya persembahkan. Lebih daripada itu orang sudah boleh menerima baju ‘lain’ selain daripada kurung untuk meraikan Aidilfitri.”

Mengenakan suit, pereka ini sememangnya amat menitikberatkan penampilan. Biarpun bergelumang dalam dunia glamor, yang mana segelintir pereka muda lelaki gemar terikut gaya wanita, termasuk bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya bersolek, beliau sebaliknya selesa tampil segak. Mungkin ciri itu menjadikan beliau senang didampingi pelanggan bergelar.

Pada pandangan matanya, seseorang pereka itu perlu bersikap profesional membolehkan diri didekati dan paling utama berpijak di bumi nyata. Dikenali kalangan istana dan orang kenamaan, beliau tidak menolak kemungkinan faktor ketelitian dalam rekaan menyebabkan pelanggannya terus setia.

Mengikat pelanggan setia, Radzuan sebetulnya tidak terburu-buru memancing pelanggan baru dengan menyertai pertunjukan fesyen yang dirasakan tidak releven kepadanya.

Katanya, pelanggan yang ada sudah dapat `dibaca’ keinginannya menjadikan kerjanya lebih mudah.

Kepercayaan itu dibuktikan apabila pelanggannya bukan setakat menghantar sehelai dua pasang kain untuk ditempah, tetapi membabitkan ratusan pasang.

“Saya fokus dengan tugasan saya. Tiada ruang untuk saya membuang masa dan memikirkan hal remeh atau gosip. Apa yang saya tahu, baju sudah siap ke belum atau baju sudah dihantar ke rumah pelanggan atau belum,” katanya tanpa berselindung.

Mengulas mengenai rekaannya itu, Radzuan berkata, idea menghasilkan persalinan itu terjelma menerusi kelananya ke negara orang, selain mengikuti peredaran fesyen semasa.

“Mengambil idea pereka lain atau sekeliling sesuatu yang normal. Justeru, kalau orang mengambil ilham saya ini pun saya tidak marah, sebaliknya berbesar hati bila ia menjadi ikutan. Fesyen berputar, hari ini mungkin ia digilai, tetapi tahun depan ia mungkin tidak lagi.

“Tetapi bagaimana 10 tahun lagi? Ia pasti akan terus digemari, kerana itulah rencam permainan dunia fesyen. Sebagai pereka, saya fikir kita tidak mempunyai hak untuk menyatakan idea itu milik kita sepenuhnya kerana fesyen adalah satu luahan seni,” katanya.


“Saya menjangka koleksi perayaan ini mampu menjana minat di kalangan pelanggan. Apa yang membuatkan Aidilfitri begitu istimewa, adalah hakikat bahawa perayaan ini disambut oleh semua orang tanpa mengira kepercayaan agama. Hari Raya adalah satu daripada banyak perayaan di negara kita yang melambangkan penyatuan, perkongsian dan keamanan. Koleksi ini direka untuk mencerminkan semangat sebenar perayaan zaman kini,” katanya.

Koleksi siap dipakai ini antara lain menggunakan gabungan warna terang dan mencetak serta reka bentuk rumit, kaftan moden lagi menarik, selain kardigan yang nyata boleh dipakai ke mana-mana acara. Menggunakan bahan-bahan mudah seperti jersey dan fabrik kait, ia menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kerja tangan yang teliti dan indah.

Menariknya, ia boleh didapati antara RM88 hingga RM488 dan sesuai buat wanita dari pertengahan usia 20-an hingga 50-an.

Koleksi ini amat berbaloi dimiliki kerana selain digayakan di Aidilfitiri ia juga sesuai untuk ke pelbagai acara lain yang lebih santai kerana boleh disuaipadan bersama celana atau padanan lain.

Potongan kaftan, blaus longgar, gaun juga skirt dan seluar beralun lembut, setiap satu daripadanya diperinci indah menggunakan teknik lipatan dan lapisan menggunakan fabrik lembut seperti sutera sifon, georgette, sutera satin dan sutera crepe.

Tidak terkecuali, penggunaan sulaman manik dan taburan bunga seramik pada bahagian dada serta pinggang menyuntik gaya segar. Keindahan dan kekemasan tatahan sulaman yang diperincikan lagi melalui tampalan renda Perancis yang juga menjadi ‘signature’ kepada setiap rekaan Radzuan Radziwill.

Walaupun potongan busana koleksi itu jelas menampakkan gaya Asia Barat terutama melalui koleksi jubah dan kaftan longgar, pereka ini bijak menyuntik elemen Asia melalui penggunaan rona terang menepati selera tempatan.

Harga: RM278.00


Kod Produk: JERU27
Stok: 2 
Produk Pelangsingan HOT!! Produk SIY - Slim It Yourself
SIY

SIY – Slim It Yourself merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang dapat turunkan berat badan anda dengan cepat dan selamat. Badan cantik yang sentiasa diidamkan dapat dibentuk dalam tempoh yang singkat. Kesan penurunan dapat dilihat dalam tempoh 10 hari sahaja. SIY – Slim It Yourself juga penting untuk kesihatan wanita dan lelaki yang berumur 15 tahun ke atas. Produk SIY – Slim It Yourself ini baik dalam menyingkirkan toksin daripada tubuh badan. Tidak perlu berlapar dan tiada tekanan diet. Hanya jalankan diet seimbang. Langsingkan badan anda dengan cepat dan selamat.

Produk HOT!! Rawatan Rambut
Ushine

Produk Krim UBAN USHINE dapat membantu merawat masalah uban, kelemumur, rambut gugur. Kesan dapat dilihat dalam masa 1 bulan - 3 bulan. Folikel rambut baru yang tumbuh akan lebih sihat dan hitam. Ushine sesuai untuk semua golongan 12 tahun ke atas.

Iklan Kami Pernah Dipaparkan Di

Mingguan Wanita Utusan Online Sinar Nona Keluarga Nur Pa&ma mediahiburan
Running with Search Engine Friendly Mod 6.0
Âö‡FÖÃà ?>