Setiap helaian rambut kita terdiri dari dua bahagian iaitu shaf rambut = bhgn yang keluar dari kulit kepala dan juga akar rambut yang berada di dalam kulit kepala. Setiap akar rambut dibaluti oleh folikul dan folikul mengandungi sejumlah sel pigmen dan sel pigmen ini mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil melanin yang menjadi penentu warna shaf yakni warna rambut seseorang, samada hitam atau perang. Melanin jugalah yang menentukan warna kulit seseorang, samada hitam atau putih. Semakin usia kita meningkat sel pigment didalam folikul rambut kita semakin berkurangan untuk menghasilkan melanin dan lama kelamaan rambut yang kekurangan melanin akan bertukar warna menjadi putih, kelabu atau perak.

Terdapat 2 jenis atau kategori orang yang beruban. Yang pertamanya uban yang terjadi bagi orang muda atau pada usia yang tidak sepatutnya beruban. Contohnya pada usia belasan tahun. Ini dikenali sebagai uban pra-matang atau uban genetik. Kategori kedua pula ialah uban yang terjadi kerana factor usia. Ini juga sebenarnya banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor lain, seperti gene, cara hidup, cara pemakanan dan sebagainya. Ada setangah orang, pada usia 50,
masih belum ada uban, ada orang lain
pula usia 30, uban telah memutih.
Tambahan yang tinggal di tengah bandar, dengan kehidupan yang mencabar, stres, kesesakan lalulintas,pemakanan,secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada terjadinya uban pada usia masih muda. Yang paling mudah, kalau ibubapa kita cepat beruban, kita juga akan cepat beruban.