Carian:
Selamat Datang [Masuk | Daftar]
Kategori: /Produk Rambut

Shampoo Aromatherapy Ushine

Shampoo Aromatherapy Ushine

Maklumat Produk

Syampu Aromatherapy Ushine telah dirumus khusus bagi menyelesaikan semua masalah rambut anda, terutamanya kelemumur, rambut gugur dan beruban. Ia juga membantu melindungi rambut anda dan membekalkan nutrient-nutrien yang diperlukan bagi mengembalikan warna asal rambut anda, serta mengalakkan pertumbuhan rambut baru. Penggunaan yang berterusan untuk beberapa bulan akan memastikan semua nutrien dapat diserap ke dalam kulit kepala dan seterusnya membaiki struktur rambut serta menghalang pertumbuhan uban. Kelemumur akan mula berkurangan seterusnya hilang selepas seminggu menggunakan syampu ini. Syampu yang diperkaya dengan minyak aromatik ini juga bertindak menenangkan fikiran dan emosi serta menstabilkan sistem hormon dan pengeluaran sebum pada kulit.

Syampu Aromatherapy Ushine dihasilkan 100% dari berbagai ekstrak herba terpilih dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan pengawet yang merbahaya seperti SLS, SLES, ALS yang boleh menyebabkan gangguan kesihatan seperti radang kulit kepala yang teruk sehingga bernanah dan berbisul, rambut gugur, botak, buta, kanser dan juga gangguan sistem urat saraf seperti Alzheimer’s iaitu penyakit hilang daya ingatan dan lumpuh. .Shampu Aromatherapy Ushine juga tidak mengandungi bahan kimia formaldehid yang mendedahkan pengguna kepada risiko kanser, alahan, ruam, kulit merekah dan lecur yang teruk. Syampu Aromatherapy Ushine selamat digunakan kerana telah diuji di Makmal Tosikologi tempatan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keistimewaan dan Kelebihannya

Diformulasi 100% dari ekstrak herba semulajadi Bebas SLS, SLES, ALS dan formaldehid+ Tanpa sufaktan, tanpa dioxan Berkesan menangani masalah kelemumur Berkesan merawat masalah kutu kepala Berupaya mengalakkan & melebatkan rambut+ Terbukti dalam merawat dan mengawal masalah uban Berupaya melembutkan rambut yang kasar dan keras+ Menenangkan minda dan emosi Menstabilkan sistem horman badan Menstabilkan pengeluaran sebum di kepala Lebih pekat untuk lebih nilai wang anda Selamat untuk kegunaan setiap hari+ Sesuai untuk semua golongan dan umur+ Sesuai untuk yang sedang manjalani rawatan kulit kepala+ Tidak diuji pada binatang+ Dibuat di Malaysia+ Telah diuji di makmal Toksikologi tempatan+ HALAL

Cara Penggunaan

Gunakan pada rambut yang basah. Urut kulit kepala selama lebih kurang 5 minit agar nutrient dapat diserap masuk tetapi elakkan dari menggaru dengan kuat kerana ini akan merosakkan folikel rambut. Kemudian bilas dengan sebersih-bersihnya agar folikel tidak tersumbat. Akhir sekali bilas dengan air sejuk untuk mengetatkan kembali liang folikel, menguatkan gentian rambut dan agar rambut bersinar. Sekiranya menggunakan perapi, sapu perapi hingga rata dan biarkan seketika sebelum dicuci bersih. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan berterusan selama 3 bulan.

TESTIMONI

Hj. Ariffin Hj. Ibrahim, Bekas Pesara Kerajaan / Pengarah Penerbitan (016-6353489)
 
Saya berusia 57 tahun dan telah menggunakan bermacam-macam syampu tetapi tiada tindak balas yang berkesan. Rambut masih gugur, nipis dan kulit kepala menjadi gatal. Apabila diperkenalkan kepada Syampu Aromatherapy Ushine dan diterangkan kelebihannya oleh Puan Noor, hati saya berkata, ‘Ya Allah ! inilah syampu yang sesuai bagiku, insyaallah’. Kini, Alhamdulillah, hanya setelah tiga kali menggunakannya, semua masalah rambut saya hilang begitu sahaja. Tiada lagi keguguran dan kegatalan, kepala terasa ringan dan segar. Saya tidak akan menggunakan syampu lain kecuali USHINE yang 100% halal dan dibuat dari herba!
Lina Hassan, Suri Rumah Tangga ( 012-2727838  012-2727838 ) 
Saya memakai tudung, kepala saya sering terasa panas dan kulit kepala gatal. Rambut pula nipis dan mudah putus. Uban pula semakin menjadi-jadi. Berbagai-bagai syampu di pasaran telah saya gunakan, namun saya sering kecewa. Selepas membaca mengenai Syampu Aromatherapy Ushine di dalam akhbar tempatan, hati terasa ingin mencuba. Kini telah hampir tiga minggu saya menggunakannya, syukur alhamdulillah, kepala tidak lagi terasa panas dan gatal. Rambut gugur juga semakin kurang. Mudah-mudahan uban juga akan semakin berkurangan dalam sedikit masa lagi. Kini seluruh keluarga saya termasuk anak-anak menggunakan syampu ini. Haruman aromatiknya amat menenangkan dan memberi mood yang baik kepada saya.
Noor Nabila Farhanna, Pelajar ( 019-3843650  019-3843650 ) 
Sebagai seorang pelajar kolej, saya sering terlibat dengan aktiviti luar yang lasak. Oleh kerana saya memakai tudung, kepala sering berpeluh dan rambut sering gugur. Kulit kepala juga berminyak dan gatal-gatal. Sewaktu pulang bercuti, saya melihat ibu menggunakan Syampu Aromatherapy Ushine dan saya amat tertarik dengan kandungannya yang tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan dibuat dari bahan-bahan herba. Selepas mencuba syampu ini, rambut saya terasa lembut dan kulit kepala terasa nyaman. Selepas seminggu mengguna syampu ini, keadaan kulit kepala saya semakin baik, dan kegatalan hilang sama sekali. Saya sukakan bau minyak aromatiknya yang harum dan menenangkan. Untuk saya : Ushine pilihan yang tepat dan selamat!

Zulkifli Elias, Kuantan ( 016-9503953  016-9503953 ) 
Saya berumur 38 tahun dan telah menghadapi masalah kelemumur yang kronik sejak berusia 18 tahun. Saya telah mencuba berbagai-bagai jenis ubat dari yang berharga dari yang murah hinggalah yang mahal, namun satu pun tidak meninggalkan kesan. Saya hampir berputus asa tapi hendak menjadi rezeki, satu hari sewaktu membaca akhbar, saya terpandang ruangan iklan krim Ushine dan mengambil keputusan mencuba produk ini. Alhamdulillah, setelah seminggu menggunakannya, kelemumur ternyata berkurangan dan di setengah-setengah bahagian rambut hampir tiada. Macam tak percaya saya rasa tapi alhamdulillah, akhirnya masalah yang bertahun-tahun saya tanggung BERES dengan krim USHINE !

Siti Hazar, Shah Alam ( 014-2376769  014-2376769 )
Saya berusia 44 tahun dan mengalami masalah uban, kelemumur dan rambut gugur sejak usia remaja dan sedikit sebanyak turut depengaruhi oleh faktor keturunan. Dengan peningkatan usia, masalah saya menjadi semakin serius. Namun saya tidak jemu-jemu mencuba berbagai produk rambut dan shampoo yang berada di pasaran. Saya selalu percaya yang bukan semua produk serasi dengan kita dan kerana itu kita kena terus mencuba. Alhamdulillah, selepas lebih kurang 2 minggu menggunakan krim Ushine, kelemumur dan masalah rambut gugur saya semakin berkurangan, rambut yang beruban juga semakin kehitaman. Saya amat yakin yang dalam sedikit masa lagi semua masalah saya akan dapat di atasi dengan krim Ushine. Saya amat berpuas hati dengan krim USHINE!

 

Ahmad Razali, Puchong ( 019-2737723  019-2737723 ) 
Usia saya 42 tahun dan masalah saya ialah masalah uban yang memutih di kepala. Sewaktu menghubungi Puan Noor untuk bertanyakan tentang krim uban UShine, saya amat tertarik hati dengan penerangan yang diberikan. Krim uban Ushine bukan pewarna sebaliknya ia bertindak dari dalam rambut untuk mengembalikan rambut baru yang berwarna hitam. Pada saya istilah ‘rejuvenate’ sesuai digunakan untuk krim uban Ushine. Bila saya mengambil keputusan untuk menggunakan krim ini, saya telah membotakkan kepala saya terlebih dahulu. Dalam tempoh dua minggu bila rambut baru keluar, ramai kawan-kawan dan saudara-mara terkejut. Mereka sangka saya mewarnakan rambut. Bila saya katakan yang saya tidak mewarna rambut dan hanya menggunakan krim uban Ushine, ramai yang terkejut. Tapi itulah hakikatnya, rambut saya kini bewarna hitam dan tiada lagi uban. Tahniah USHINE!

Farah, Kuala Lumpur ( 019-6493936  019-6493936 )
Umur saya baru 18 tahun tapi saya mengalami masalah kelemumur, rambut kering dan putus-putus sejak usia 15 tahun. Mungkin disebabkan penggunaan shampoo yang tidak bersesuaian. Saya pula alergi kepada sebarang minyak rambut dan disebabkan itu saya hanya merawat rambut saya menggunakan cara tradisional. Namun kesannya agak lambat untuk saya lihat dan agak remeh untuk disediakan. Selepas diperkenalkan kepada krim Ushine, saya terus menggunakannya setiap malam. Krim ini tidak berminyak atau melekit dan selesa bila disapukan ke kulit kepala. Selepas dua minggu menggunakan krim ini, kesan paling ketara, masalah kelemumur saya telah hilang. Akar rambut juga menjadi semakin kuat dan rambut yang gugur akibat kering semakin berkurangan.

En. Najib, Melaka ( 014-2527861  014-2527861 )
Saya mula beruban sejak tahun 1995 kerana menggunakan pelbagai minyak rambut, yang secara tidak langsung telah memberi kesan sampingan kepada rambut saya. Saya juga menghadapi masalah kelemumur yang berkeping-keping dan pelbagai shampoo telah saya gunakan, tapi masalah kelemumur tetap tidak dapat di atasi. Sejak 5 tahun kebelakangan uban pula keluar dan semakin banyak sedangkan usia saya baru 45 tahun. Selepas menggunakan krim uban USHINE sejak 2 bulan yang lalu, rambut saya kembali hitam dan masalah kelemumur juga hilang. Ahli keluarga, rakan-rakan terkejut dengan perubahan ini. Alhamdulillah. Terima kasih pada Pn. Noor dan USHINE.

Muhammad Daniel Haqim, Perak ( 017-2923065  017-2923065 )
Saya berusia 20 tahun dan menghadapi masalah uban genetik sejak usia 12 tahun. Saya tidak pernah menggunakan sebarang ubat atau krim rambut kerana alah dan juga bimbang kalau-kalau melekit di rambut. Selepas diperkenalkan dengan produk ini oleh ibu saya, saya dapati ia sesuai dengan saya. Ia mudah digunakan dan tidak melekit sama sekali. Selepas sebulan menggunakannya, rambut saya yang baru tumbuh telah kelihatan hitam dan rambut uban kini beransur-ansur menjadi hitam. Syukurlah, saya kini tidak lagi kelihatan tua dari usia sebenar.

Abdul Wahab Kadir, Selangor ( 013-6660649  013-6660649 )
Saya telah mengalami masalah uban dan rambut gugur sejak hampir lima tahun disebabkan faktor usia. Saya telah mencuba pelbagai produk dan rawatan yang terdapat di pasaran, sama ada yang murah atau pun yang mahal, tetapi hasilnya mengecewakan saya. Sehinggalah saya diperkenalkan kepada syarikat Serangkai Unggul Beautyline oleh rakan kongsi saya. Alhamdulillah, hanya selepas 2 minggu menggunakan produk ini, rambut saya di bahagian tengah telah mulai tumbuh, sedangkan sebelumnya botak selama bertahun-tahun. Inilah satu keajaiban pada saya. Dengan harganya yang murah dan kesan yang efektif, membeli krim uban USHINE memang berbaloi!

Kay, Kuala Lumpur ( 019-6416006  019-6416006 ) 
Saya sering menghadapi masalah sakit kepala, rambut gugur dan berkelemumur. Faktor allergi banyak menyumbang kepada masalah saya. Saya pula tidak pernah terfikir untuk membuat apa-apa rawatan dan telah belajar menerima keadaan rambut saya yang sedemikian. Lagi pun, saya takut untuk mencuba sebarang produk rawatan rambut kerana takut akan kesan sampingan yang mungkin timbul, namun segala-galanya berubah selepas adik saya membelikan saya sebotol krim uban USHINE. Oleh kerana itu adalah hadiah dari adik, saya terpaksa menggunakannya demi menjaga hati adik saya. Paling mengejutkan, hanya selepas 3 hari menggunakan krim uban USHINE, kegatalan kulit kepala saya telah berkurangan dan sewaktu mencuci rambut, rambut yang gugur juga berkurangan. Kini setelah 2 bulan menggunakan produk ini, rambut saya semakin sihat dan masalah kelemumur hilang sama sekali. Kalaulah saya tahu akan keberkesanan krim uban USHINE ini, sudah tentu dari dulu saya telah menggunakannya.

Harga: RM68.00


Kod Produk: SHA617
KEHABISAN STOK
Produk Pelangsingan HOT!! Produk SIY - Slim It Yourself
SIY

SIY Slim It Yourself merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang dapat turunkan berat badan anda dengan cepat dan selamat. Badan cantik yang sentiasa diidamkan dapat dibentuk dalam tempoh yang singkat. Kesan penurunan dapat dilihat dalam tempoh 10 hari sahaja. SIY Slim It Yourself juga penting untuk kesihatan wanita dan lelaki yang berumur 15 tahun ke atas. Produk SIY Slim It Yourself ini baik dalam menyingkirkan toksin daripada tubuh badan. Tidak perlu berlapar dan tiada tekanan diet. Hanya jalankan diet seimbang. Langsingkan badan anda dengan cepat dan selamat.

Produk HOT!! Rawatan Rambut
BSYShampu

Produk Noni BSY Black Hair Magic dapat membantu merawat masalah uban, kelemumur, rambut gugur. Kesan dapat dilihat dalam masa 1 bulan - 3 bulan. Folikel rambut baru yang tumbuh akan lebih sihat dan hitam.
Bakul Shopping
Bakul Anda Kosong.
0Produk Di Dalam Bakul:
RM0.00Jumlah:
Produk Popular
Promosi
Bahasa
Matawang
Mesej Kami
En Pet

Puan Fied

Servis Penghantaran
Jejak Bungkusan
1-300-300-300
Cari kami di Facebook
BadanLangsing.com

Rufida Ahmad Hamizan
Rufida Ahmad Hamizan

Petra Rahimi
Petra Rahimi

BadanLangsing.com biodex BadanLangsing.com Ushine BadanLangsing.com Dunia Herbs BadanLangsing.com HPM BadanLangsing.com NurBeautyLine BadanLangsing.com Ombak Besar BadanLangsing.com STOP BadanLangsing.com YUSMIRA BadanLangsing.com Bio-Asli Leesa Formula Winalite Natasya Sendayu Tinggi DSS Salindah BadanLangsing.com Lovelure BadanLangsing.com Toner Permata Hijrah BadanLangsing.com Love Portion Jamu Mak Dara BadanLangsing.com Secretleaf

Iklan Kami Pernah Dipaparkan Di

Mingguan Wanita Utusan Online Sinar Nona Keluarga Nur Pa&ma mediahiburan
Running with Search Engine Friendly Mod 6.0
F ?>